Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 3 Dengan 6GB RAM Dijangka Ke Malaysia Seawal 9 Ogos, Pada Harga RM1888

OnePlus sebelum ini telah memberikan petanda akan menawarkan telefon pintar terbaru mereka, OnePlus 3 untuk pasaran Malaysia sekitar bulan Ogos 2016 ini. Kini, Lazada Malaysia melalui laman mereka telah mula mengambil pra-tempahan untuk peranti berkenaan yang dijangka hadir pada 9 Ogos 2016 ini.

OnePlus 3

OnePlus 3 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menyertakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

OnePlus 3 akan dilengkapi Oyxgen OS yang berasaskan kepada Android 6.0. Peranti ini menawarkan sokongan dwi-SIM dan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. OnePlus mengatakan ia turut hadir dengan sokongan Dash Charge untuk mengecas peranti dengan pantas.

Melalui penyenaraian di Lazada Malaysia, OnePlus 3 dengan jaminan rasmi OnePlus Malaysia ini hadir dalam dua warna, iaitu emas dan juga grafit.

Pra-tempahan dijangka bakal dibuka melalui Lazada Malaysia tidak lama lagi. Daripada apa yang disenaraikan, ia berharga RM1888 dan turut menawarkan Flip Case secara percuma.

OnePlus 3

Layari : Lazada Malaysia – OnePlus 3 Emas

Layari : Lazada Malaysia – OnePlus 3 Grafit

Terima kasih Wahidi untuk tips.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 3 Dengan 6GB RAM Dijangka Ke Malaysia Seawal 9 Ogos, Pada Harga RM1888"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info