Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Modobag – Bagasi Yang Anda Boleh Tunggang

Dalam memudahkan anda ke luar negara, sama ada untuk bercuti mahupun untuk bekerja, salah satu perkara utama yang dicari adalah bagasi yang bersesuaian. Sebelum ini, kita sedia melihat pelbagai jenis bagasi berbeza dengan ciri-ciri unik diperkenalkan, dan paling terbaru adalah sebuah bagasi yang anda boleh tunggang, dinamakan sebagai Modobag.

Modobag

Modobag hadir terbina dengan bateri dan sebuah motor, membolehkan pengguna menaiki ia sehingga ke pintu penerbangan. Pihak Modobag turut mengatakan ia mempunyai pengesahan pihak berkuasa. Namun, tidak mustahil perjalanan anda terganggu dengan pihak berkuasa yang mungkin tahan anda kerana kapasiti bateri yang disertakan padanya, dan mungkin kerana beberapa komponen elektronik yang hadir terbina didalam beg bagasi ini.

Modobag mengatakan beg kosongnya adalah seberat sekitar 8.64 kilogram, dan turut hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti ruangan khusus komputer riba, kebolehan mengecas peranti melalui kabel USB, dan integrasi GPS untuk memantau lokasinya.

Buat masa ini, pembangunnya sedang mengumpulkan dana melalui laman Indiegogo, dan menawarkan begi Modobag ini pada harga $995 (~RM4045).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Modobag – Bagasi Yang Anda Boleh Tunggang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info