Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Keyboard Kini Menawarkan Pilihan Pelbagai Jenis Tema Berbeza

Google Keyboard merupakan aplikasi papan kekunci maya yang ditawarkan oleh pihak Google sendiri kepada pengguna Android. Walaupun ia tidak menawarkan fungsi menyeluruh seumpama Gboard untuk iPhone, namun, papan kekunci ini turut digemari ramai kerana rekaannya yang kemas, selain memudahkan pengguna membuat input.

Google Keyboard

Terkini, Google turut telah mengemaskini aplikasi berkenaan dan menyertakan salah satu fungsi yang mungkin digemari anda, iaitu memilih warna dan jenis tema berbeza berbanding pilihan terhad sebelum ini.

Selain penawaran warna pilihan, pengguna juga turut boleh memilih gambar yang terdapat pada galeri, dan menggunakannya sebagai gambar latar untuk papan kekunci mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google Keyboard ini daripada Google Play Store dan menggunakannya pada peranti Android anda.

Google Keyboard

Muat-Turun Google Keyboad untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Keyboard Kini Menawarkan Pilihan Pelbagai Jenis Tema Berbeza"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info