Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Filem Detective Pikachu Akan Dihasilkan Oleh Legendary Pictures

Pikapi! Selamat hari khamis dan Pokemon GO masih belum boleh dimainkan secara rasmi oleh peminat tempatan. Penantian yang agak lama ini kami lihat menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga laman sosial dipenuhi keluhan mereka. Kepopularan aplikasi AR ini memang sungguh tidak dijangka. Pihak Niantic mengalami kesukaran memastikan server permainan dapat berfungsi tanpa gangguan keran jumlah pemain yang di luar jangkaan.

Kepopularan Pokemon GO menyebabkan saham Nintendo melonjak naik. Nilai syarikat ini sudah melangkaui nilai Sony. Deman Pokemon kembali selepas berhibernasi selama berdekad lamanya. Oleh itu tidak mengejutkan filem berdasarkan dunia Pokemon kini akan dihasilkan. Filem Detective Pikachu bakal dihasilkan oleh Legendary Pictures. Ianya sebuah filem live action dan bukannya animasi berdasarkan permainan 3DS Great Detective Pikachu (Meitantei Pikachū: Shin Konbi Tanjō). Maklumat tentang pelakon dan bilakah ia akan ditayangkan masih belum diketahui. Legendary Pictures ialah syarikat yang sama menerbitkan filem berdasarkan permainan komputer Warcraft dan Dead Rising Endgame.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Filem Detective Pikachu Akan Dihasilkan Oleh Legendary Pictures"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info