Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Bakal Berkongsi Lanjut Mengenai Peranti Baru Mereka Pada Minggu Hadapan

BlackBerry boleh dikatakan merupakan salah satu jenama yang popular suatu ketika dahulu, tetapi semakin merudum sejak setahun dua ini. Mereka sebelum ini memfokuskan kepada peranti berasaskan BlackBerry 10 – namun, dibawah CEO baru, fokus mereka beralih kepada peranti berasaskan Android.

BlackBerry Priv

Pada tahun ini, mereka diperkatakan hanya akan hadir dengan telefon berasaskan sistem operasi Android sahaja. Beberapa info berkaitan dengannya telah tertiris sebelum ini, dan kini pihak BlackBerry sendiri mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenainya pada minggu hadapan.

Pihak BlackBerry juga sebelum ini telah mengatakan akan menawarkan kemaskini baru untuk BlackBerry OS 10 dalam masa sebulan lagi, dan mungkin kita turut akan mendengar lanjut mengenainya pada acara minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Bakal Berkongsi Lanjut Mengenai Peranti Baru Mereka Pada Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info