Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Benang Pintar Memantau Pemulihan Atau Jangkitan Pada Kawasan Luka

Bahu kami patah tiga beberapa tahun yang lalu akibat terjatuh. Plat besi terpaksa dimasukkan bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang. Selepas pembedahan kawasan kulit yang dipotong ditutup dengan pembalut bagi menjauhkannya dari jangkitan. Setiap hari jururawat dan doktor akan melihat perkembangan kawasan luka sebelum membenarkan kami pulang ke rumah dan kembali bekerja di pejabat. Proses membuka penutup ini agak leceh dan menyakitkan. Oleh itu benang pintar yang dicipta oleh Tufts University mungkin dapat menyelesaikan masalah ini di masa hadapan.

Benang Pintar Perubatan 1Benang kapas disalut dengan bahan tiubnano karbon, karbon grafitik ataupun disadur logam (platinum, perak dan gangsa) bagi mengubahnya menjadi seutas benang pintar. Apabila ia dijahit pada kawasan luka, ia boleh memberikan bacaan suhu, glukos , tekanan dan PH kepada jururawat. Berdasarkan bacaan dibaca tahap pemulihan luka dan kewujudan dapat dikesan dengan menggunakan aplikasi peranti pintar. Benang disambung kepada litar elektronik dengan kemampuan Bluetooth untuk tambatan kepada peranti.

Buat masa ini ujian hanya berjaya dilakukan ke atas tikus makmal. Pelbagai ujian klinikal ke atas manusia perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan di dunia sebenar. Tetapi tidak mustahil di masa hadapan doktor boleh melihat perkembangan pesawat pasca bedah dari jarak jauh. Pesakit tidak perlu lagi ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Benang Pintar Memantau Pemulihan Atau Jangkitan Pada Kawasan Luka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info