Beberapa perkhidmatan emel sedia menyokong fungsi membatalkan penghantaran emel (undo) selepas menekan butang hantar. Kini, Yahoo! turut mengimplementasikan fungsi yang sama pada aplikasi iOS mereka.
Melalui fungsi ini, sekiranya anda mendapati anda tersilap memasukkan alamat emel atau terlupa menyertakan fail tambahan, anda kini boleh membatalkan penghantaran dan menyunting semula emel berkenaan.
Yahoo! memberikan masa selama tiga saat untuk pengguna membuat perubahan sebelum emel berkenaan dihantar kepada penerima yang telah ditetapkan.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi Yahoo! Mail pada iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati fungsi ini bersama-sama beberapa fungsi yang lain padanya.
Muat-Turun Yahoo! Mail untuk iPhone
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Yahoo! Mail Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Membatalkan Penghantaran Emel"