VSCO merupakan salah satu aplikasi penyuntingan gambar yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk menjadikan gambar lebih cantik sebelum dikongsikan di media sosial.
Terkini, pihak VSCO telah mengumumkan pengenalan antaramuka yang serba baru untuk pengguna aplikasi berkenaan di Android dan iPhone.
Antaramuka baru kini hadir dengan rekaan yang lebih minimalis, memudahkan lagi pengguna untuk mengakses dan menggunakan aplikasi berkenaan – serta dilengkapi sokongan kawalan berasaskan gesture. Aplikasi ini juga dijangka akan beroperasi dengan lebih pantas, selain memudahkan lagi pengguna melihat hasil pengguna lain dengan mudah.
VSCO dijangka memperkenalkan antaramuka baru ini kepada pengguna secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "VSCO Mengumumkan Pengenalan Antaramuka Baru Untuk Aplikasi Android Dan iOS"