Pada Computex 2016 yang diadakan sejak awal minggu ini, salah satu perkara yang telah mencuri perhatian ramai adalah pengenalan robot peribadi untuk pengguna umum daripada Asus, dinamakan sebagai Asus Zenbo. Pihak Asus turut telah mengumumkan harga jualannya, tetapi tidak memberikan tarikh jualan untuknya.
Bercakap mengenainya kepada CNet, pihak Asus dilihat mengatakan akan mengambil masa sekitar 9 ke 12 bulan lagi sebelum ia dipasarkan.
Asus memilih untuk mengumumkannya terlebih dahulu dalam usaha menarik minat para pembangun untuk membangunkan sokongan untuk Zenbo terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan dan dijual kepada umum.
Melalui robot Asus Zenbo yang akan dipasarkan kepada umum, ia boleh bergerak secara bebas di rumah, mengenal pasti wajah pengguna, bermain permainan, membacakan berita dan cerita, menjawab pelbagai persoalan dan turut membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang kecemasan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenbo Mungkin Akan Mengambil Masa Hampir Setahun Lagi Sebelum Dipasarkan"