Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tarikh Pelancaran Watch Dogs 2 Tertiris – Hadir 15 November Ini

Watch Dogs 2 akan diperlihatkan secara rasmi di acara E3 minggu hadapan. Ubiosft telahpun memperlihatkan beberapa trailer bagi memberikan hala tuju siri kedua permainan ini. Tarikh pelancaran Watch Dogs 2 tertiris kerana kesilapan yang dilakukan oleh IGN. Ia akan dilancarkan pada 15 November ini dan seperti yang dilihat pada imej yang tertiris sebelum ini, watak baru akan menggantikan Aiden Pierce.

Watch Dogs 2 LeakLatar belakang permainan juga digantikan dari Seattle ke San Francisco. Permainan ini sudah dua tahun dalam pembikinan dan perubahan besar dilakukan bagi membezakannya dari permainan asal yang menerima banyak komen negatif. Sungguhpun begitu ia masih terjual melebihi 9 Juta unit. Esok Ubisoft akan melancarkan sebuah lagi trailer dan ia pasti memberikan lebih banyak maklumat mengenai permainan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tarikh Pelancaran Watch Dogs 2 Tertiris – Hadir 15 November Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info