Skyrim telah diperkenalkan sekitar lebih kurang 5 tahun yang lepas, dan ia merupakan antara permainan popular serta turut memenangi anugerah permainan video terbarik di VGA 2011. Kini, berdasarkan permintaan para peminat, pembangunnya juga turut akan menawarkan permainan tersebut untuk pengguna PlayStation 4 dan juga Xbox One.
Melalui kemaskini terbaru Skyrim, ia hadir dengan rekaan grafik yang lebih cantik dan realisitik berbanding sebelumnya. Bethesda melalui pengumuman mereka memperlihatkan pelbagai pantulan cahaya, rekaan yang lebih jitu serta pelbagai penambah-baikkan lain melalui video ringkas mereka.
Pada masa yang sama, kini pengguna turut boleh memainkan PC mod pada konsol dengan mudah.
Skyrim baru ini bakal hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 28 Oktober kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skyrim Akan Hadir Ke PS4, Xbox One dan PC Dengan Penawaran Grafik Yang Lebih Baik"