Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan satu lagi siri keluarga peranti popular mereka, iaitu Galaxy J untuk pasaran tempatan. Sebanyak tiga versi peranti dibawah keluarga Galaxy J diperkenalkan, iaitu Galaxy J1, Galaxy J5 dan juga Galaxy J7.
Galaxy J 2016 meneruskan tradisi peranti dibawah keluarga Galaxy J, iaitu menawarkan spesifikasi rendah-pertengahan, sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna seluruh negara menggunakan peranti berjenama Samsung.
Samsung Galaxy J1 2016 hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci dengan paparan WVGA, dijana cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, dan memori 1GB RAM. Ia menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 2050mAh.
Galaxy J5 2016 pula hadir dengan skrin 5.2-inci HD, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memoir 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Galaxy J5 hadir dengan bateri berkapasiti 3100mAh.
Galaxy J7 2016 pula hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan lapan teras 1.6GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh.
Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM dan rangkaian 4G LTE. Samsung turut menyertakan sokongan penjimatan data ultra pada peranti ini untuk membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara tanpa menggunakan data yang tinggi.
Siri peranti Galaxy J 2016 ini boleh didapati di pasaran Malaysia bermula 16 Jun 2016 ini. Galaxy J1 2016 ditawarkan pada harga RM449, Galaxy J5 2016 pada harga RM849 dan Galaxy J7 2016 pada harga RM1049. Pihak Yes turut menawarkan pakej mereka bersama-sama kad SIM Yes4G dan data sebanyak 30GB untuk 2 bulan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Siri Samsung Galaxy J 2016 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM449"