Jutaan kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia akan pupus diambil alih oleh robot menjelang 2020. Di China 60000 pekerja kilang Foxconn sudahpun kehilangan kerja kerana robot mampu melakukan kerja mereka dengan lebih pantas. Ini adalah menyedihkan bagi mereka yang menyara keluarga mereka. Jika ada satu pekerjaan yang kami tidak peduli diambil alih sepenuhnya oleh robot ialah di sektor ketenteraan. RoBattle 3 ialah sebuah lagi dron ketenteraan yang dicipta untuk kegunaan di medan perang.
Dron yang mampu berfungsi secara automatik ini dilengkapi tiga pasang tayar dan seberat 7 tan. Rekaan modularnya membolehkan ia menjadi senjata membunuh dilengkapi mesingan ataupun menjadi platform mengintip kawasan musuh. Sistem panduan roda 6×6 dengan suspensi pneumatik membolehkan RoBattle 3 memanjat kawasan berbatu ataupun halangan kecil. Dron berkuasa diesel ini mampu menjalankan operasi selama 12 jam tanpa henti sebelum perlu kembali ke markas. Pihak Israel Aerospace Industries (IAI) menggunakan kepakaran mereka di dalam penghasilan dron yang mampu berfungsi di dalam pelbagai senario peperangan.
Robattle 3 bukanlah satu-satunya dron tentera yang telah dibangunkan. Sebelum ini ada kami paparkan THeMIS yang dibangunkan oleh Singapura yang turut mempunyai sistem modular. Penggunaan dron tentera seperti THeMIS dan RoBattle 3 adalah penting bagi negara yang tidak mempunyai jumlah tentera yang besar. Anggota tentera manusia adalah aset yang terlalu berharga untuk dibenarkan beroperasi di kawasan berisiko tinggi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "RoBattle 3 – Dron Tentera Dengan Rekaan Modular"