Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengambil-Alih LinkedIn Pada Harga RM106.9 Bilion

Microsoft hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan akan mengambil-alih laman sosial professional, iaitu LinkedIn. Microsoft mengatakan mereka akan mengambil-alihnya pada nilai $26.2 bilion (~RM106.9 bilion).

Microsoft LinkedIn

Bagi yang tidak mengenali akan LinkedIn, ia merupakan salah satu rangkaian laman sosial yang memfokuskan pengguna professional dan bekerjaya. Melaluinya juga sejumlah syarikat menggunakannya untuk mencari pekerja, selain turut berkongsi pelbagai kemaskini syarikat mereka. Buat masa ini, LinkedIn mempunyai lebih daripada 433 juta pengguna di seluruh dunia.

Walaupun melalui pengambil-alihan, jenama LinkedIn akan terus dikekalkan seperti biasa. Microsoft masih tidak berkongsi perancangan penuh mereka, tetapi tidak mustahil kita melihat ia diintegrasikan pada pelbagai produk – apatah lagi dengan pelbagai produk Microsoft yang digunakan pada peringkat perusahaan, dan Microsoft sendiri memfokuskan kepada pelbagai penawaran produktiviti akhir-akhir ini.


Kadar tukaran mata wang : RM4.08 = USD$1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Mengambil-Alih LinkedIn Pada Harga RM106.9 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info