Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerangka Ini Membolehkan iPhone Menggunakan Sistem Operasi Android

Di platform Android terdapat pelancar yang membolehkan antaramuka peranti kelihatan seperti iOS. Pelancar FlyMe OS (Meizu) dan Funtouch OS (Vivo) ialah dua pelancar yang secara terang-terangan mendapat “inspirasi” dari iOS. Pengguna iOS setakat ini gembira dengan sistem iOS yang tidak membenarkan tahap kustomasi seperti di Android. Tetapi sekiranya mereka mahukan Android pada iOS kini mereka mampu melakukannya.

Kerangka di atas dihasilkan oleh Tendigi. Apabila disambung pada sebuah iPhone, sistem operasi Android Marshmallow boleh digunakan pada telefon buatan Apple ini.  Di dalam kerangka ini terdapat pemproses lapan teras Cortes A53 dan bateri sebesar 650 mAh. Ia disambungkan terus kepada port Lightning iPhone dan kini ia mampu menjalankan Android secara terus. Ia turut mempunyai port HDMI, USB-A dan slot untuk kad MikroSD. Projek ini boleh anda hasilkan sendiri dengan mengikuti langkah yang diberikan oleh Tendigi di pautan di bawah.

Tendigi Android Iphone 1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerangka Ini Membolehkan iPhone Menggunakan Sistem Operasi Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info