Seperti yang kami laporkan semalam, Instagram kini mempunyai 500 Juta pengguna dengan 80% daripada mereka duduk di luar Amerika Syarikat. Oleh sebab itu penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Inggeris adalah lazim. Kepada yang tidak mempunyai kepakaran berbahasa Russia contohnya, profil serta kapyen pengguna dari negara ini pastinya membingungkan.
Hari ini Instagram mengesahkan sokongan alih bahasa akan diaktifkan. Sistem alih bahasa ini kami percaya akan menggunakan sistem yang sama seperti yang dilihat di Facebook. Dengan wujudnya sistem ini pengguna dari segala pelosok muka bumi yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing dapat berinteraksi dengan lebih baik.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Kini Mempunyai Sokongan Alih Bahasa"