HP Elite X3 merupakan telefon pintar berasaskan Windows 10 Mobile daripada HP – yang bukan sekadar berfungsi sebagai telefon semata-mata, sebaliknya turut boleh berubah menjadi desktop Windows penuh apabila dihubungkan kepada dock khusus.
Ketika pelancaran beberapa produk baru HP pada hari ini, pihak HP Malaysia turut berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk membawa masuk HP Elite X3 untuk pasaran Malaysia sekitar bulan Ogos atau September 2016 ini.
Telefon pintar ini akan ditujukan lebih kepada perusahaan – namun seperti biasa, pengguna umum masih boleh mendapatkannya. Dengan sasaran untuk pengguna perusahaan, mungkin ramai boleh menjangka yang mana harga jualannya tidak akan murah seperti telefon pintar lain.
HP Elite X3 hadir dengan skrin bersaiz 5.96-inci dengan resolusi 1440×2560 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB. Peranti ini turut dilengkapi kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri berkapasiti 4150mAh.
Pihak HP turut menyertakan sebuah dock khusus, selain sokongan perisian yang membolehkan pengguna menjalankan beberapa perisian pada telefon pintar ini secara maya daripada desktop utama mereka. Dengan penyertaan dock untuk HP Elite X3 ini juga, ia membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar berkenaan ke monitor dan menggunakannya sebagai sebuah komputer penuh.
Pihak HP Malaysia masih tidak berkongsi mengenai harga jualannya buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya sekitar tarikh pelancaran rasmi produk berkenaan di Malaysia kelak.
Baca : Pandang Pertama HP Elite X3
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Elite X3 Akan Ke Malaysia Sekitar Bulan Ogos Atau September"