Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cradle Menambah Rakan Kerjasama – Dana Pelaburan Strategik Kini Berjumlah RM 161.2 Juta

Pada awal tahun ini, Cradle Fund telahpun mengumumkan kerjasama dengan enam syarikat pelabur yang telah menjumlahkan dana pelaburan strategik mereka sebanyak RM 159.2 Juta. Terbaru minggu ini mereka telah mengumumkan enam rakan kerjasama terbaru menjadikan sejumlah RM 161.2 Juta tersedia untuk startup tempatan.

Dana pelaburan strategik ini adalah dimana untuk setiap pelaburan yang diberikan oleh rakan kerjasama, Cradle akan menggandakan nilai tersebut pada nisbah 1:1. Seperti contoh sekiranya satu startup tempatan berjaya menarik minat pelabur dan memperoleh pelaburan bernilai RM 2 juta, Cradle akan memberikan RM 2 juta, menjadikan pelaburan strategik berjumlah RM 4 juta akan diterima pada startup tersebut.

Cradle Quest Ventures -IMG_0140

Dari enam rakan kerjasama terbaru ini, hanya satu syarikat pelabur yang menyediakan dana iaitu Quest Ventures yang juga sebelum ini telah melabur pada startup  seperti Carousell dan WatchOverMe. James Tan, pengurus Quest Ventures menyatakan yang mereka berminat untuk melabur startup tempatan yang bergiat aktif dalam dunia perniagaan berteraskan digital (digital commerce), seperti contoh laman jual beli atas talian, atau perkhidmatan logistik dan penjualan tiket. Quest Ventures menawarkan RM 1 juta sebagai pelaburan, manakala Cradle akan menambah jumlah tersebut pada nilai yang sama, sekaligus membuatkan jumlah dana yang tersedia untuk startup tempatan kini adalah RM 161.2 Juta.

Enam rakan kerjasama strategi yang lain terdiri dari platform pelaburan umum ekuiti (equity crowdfunding) iaitu Crowdo, Crodwplus Asia, pitchIN, FundedbyMe dan ATA Plus. Kesemua lima rakan kerjasama ini akan membawakan dari dua hingga ke 20 projek yang menarik minat umum berdasarkan pelaburan berasaskan ekuiti pada platform yang dimiliki mereka.

Dengan pengumuman sebegini sedikit sebanyak dapat membantu startup tempatan mendapatkan dana yang diperlukan untuk berkembang dengan lebih pesat. Startup digalakkan untuk menemui Cradle atau menemui rakan kerjasama mereka bagi mendapatkan pelaburan yang semestinya dapat melonjakkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Antara startup yang yang telah menerima pelaburan bersama antaranya MauKerja, Sync dan Be Malas.

Ketahui: Senarai Syarikat Rakan Pelaburan Bersama Cradle



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cradle Menambah Rakan Kerjasama – Dana Pelaburan Strategik Kini Berjumlah RM 161.2 Juta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info