Menurut statistik 12% penduduk dunia adalah kidal. Majoriti individu kidal adalah terdiri dari kaum lelaki. Golongan minoriti ini terpaksa hidup di dalam dunia yang lebih mementingkan mereka yang mempunyai tangan kanan yang dominan. Oleh Sebab itulah apabila Samsung Galaxy Note Edge dilancarkan beberapa tahun yang lalu, individu kidal merungut skrin sisi pada sebelah kanan peranti seakan prejudis terhadap mereka.
Antaramuka pada peranti yang wujud sekarang juga tidak mesra kidal. Oleh itu Apple mempatenkan sistem baru yang mengubah susunan antaramuka iOS apabila ia mengesan pengguna kidal. Paten ‘Electronic Devices with Hand Detection Circuitry’ difailkan oleh mereka pada tahun 2014 baru sahaja dianugerahkan oleh pejabat paten Amerika Syarikat pada 23 Jun yang lalu. Melalui sistem ini kerangka iPhone mempunyai litar yang mengesan tangan manakah yang memegangnya. Apabila dikesan antaramuka akan berubah secara automatik.
Contoh terbaik ialah sistem Slide To Unlock akan berubah ke tatalan kanan ke kiri untuk pengguna kidal dan sebaliknya untuk pengguna bertangan kanan. Butang pilihan menu pada Safari akan diletakkan pada bucu atas sebelah kiri dan bukannya kanan seperti sekarang. Paten ini baru sahaja dianugerahkan kepada Apple jadi ia mungkin hanya akan muncul pada peranti selepas iPhone 7 tahun ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Sistem Mengubah Susunan Antaramuka Secara Automatik Untuk Pengguna Kidal"