Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iOS 10 Akan Menyokong Rakaman Gambar Dalam Bentuk RAW

Bagi para jurugambar professional, salah satu perkara yang mereka lihat ketika merakamkan gambar, adalah kebolehan merakamkan gambar dalam bentuk RAW. Melaluinya, ia memberikan lebih kebebasan kepada mereka untuk membuat penyuntingan selepas sesuatu gambar dirakamkan.

Kamera iPhone

Terkini, melalui iOS 10, pihak Apple dilihat menawarkan sokongan tersebut – membolehkan para pengeluar aplikasi untuk mengintegrasikan sokongan rakaman gambar RAW pada aplikasi mereka.

Fungsi ini hanya akan disokong pada iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone SE dan juga iPad. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak Apple akan menyertakan sokongan tersebut pada aplikasi kamera terbina ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iOS 10 Akan Menyokong Rakaman Gambar Dalam Bentuk RAW"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info