Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Axon Mini Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM1499

ZTE telah hadir dengan keluarga Axon pada tahun lepas yang menawarkan rekaan peranti premium dan sedikit berbeza dengan sejumlah pengeluar dari China yang lain. Dibawah keluarga berkenaan, beberapa peranti telah diumumkan, termasuk ZTE Axon Elite dan ZTE Axon Mini.

ZTE Malaysia telah mengumumkan pada penghujung tahun lepas yang mana mereka akan menawarkan ZTE Axon Mini di Malaysia. Namun, ia telah mengambil masa beberapa bulan. Kini, ZTE Axon Mini telah mula ditawarkan di pasaran tempatan melalui para pengedar rasmi ZTE Malaysia.

ZTE AXON Mini

ZTE Axon Mini hadir dengan skrin bersaiz 5.-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 616, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

ZTE menekankan pada rekaan peranti ini, mengatakan ia menggunakan bahan aluminium titanium aloi seumpama pada kapal terbang Boeing 787. Disamping rekaan, ia juga menawarkan sokongan dwi-SIM, dan kualiti audio yang baik melalui sokongan HiFi dan menggunakan sokongan cip khusus untuknya.

Di Malaysia, ZTE Axon Mini ini ditawarkan pada harga RM1499.

ZTE Axon Mini



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Axon Mini Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM1499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info