Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Memperkenalkan Xperia XA Ultra – Berskrin 6-inci Dengan Kamera Hadapan 16-Megapixel OIS

Sony telah memperkenalkan keluarga Xperia X sebelum ini, dan terkini mereka telah menambah satu lagi peranti dibawah keluarga berkenaan, iaitu Xperia XA Ultra.

Xperia XA Ultra ini merupakan telefon phablet daripada Sony, hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dan mungkin adalah pengganti Xperia Z Ultra sebelum ini. Ia turut menggunakan rekaan skrin dari bucu ke bucu seumpama Xperia XA sebelum ini, dan turut disertakan dengan kamera belakang 21.5-megapixel.

Sony Xperia XA Ultra

Xperia XA Ultra ini juga dilihat memfokuskan kepada sokongan selfie, dimana ia hadir dengan kamera hadapan 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal.

Dari segi spesifikasi, Xperia XA Ultra hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P10 dan juga memori 3GB RAM, selain ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan sokongan mikro-SD. Seperti telefon pintar Xperia lain, ia turut menawarkan masa penggunaan yang lama – iaitu sehingga 2 hari lamanya.

Sony Xperia XA Ultra ini akan dipasarkan bermula bulan Julai kelak. Namun, tarikh khusus untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Memperkenalkan Xperia XA Ultra – Berskrin 6-inci Dengan Kamera Hadapan 16-Megapixel OIS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info