Apple gemar menggunakan motto “it just works”. Namun sejak kebelakangan ini motto ini mula kehilangan serinya kerana masalah pada iPhone, iPad dan Macbook yang berlaku selepas kemas kini perisian dilakukan. Terkini beberapa pemilik iPad Pro 9.7 melaporkan tablet mereka gagal berfungsi selepas melakukan kemas kini iOS 9.3.2.
Selepas kemas kini dilakukan mesej Error 56 akan terpapar pada skrin yang menyarankan mereka menyambung tablet ke iTunes untuk mengembalikan peranti kepada tetapan asal. Peranti akan melakukan boot loop tanpa henti selagi tetapan asal tidak dilakukan. Pengguna lain turut melaporkan masalah tidak diselesaikan sungguhpun telah melakukan tetapan semula sebanyak dua kali. Apple masih belum memberikan komen berkenaan masalah ini tetapi biasanya masalah perisian ini dapat diselesaikan dengan pantas oleh mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebahagian iPad Pro 9.7 Dilaporkan Gagal Berfungsi Selepas Kemas Kini iOS 9.3.2"