Perkembangan teknologi membuatkan pelbagai syarikat bersaing membangunkan pelbagai idea dan protaip baru produk mereka, serta mempatenkan ia untuk digunakan pada masa akan datang. Terkini, Samsung telah memfailkan paten untuk sebuah idea baru, iaitu jam tangan pintar yang memancar skrin ke tangan.
Melalui fail yang dipatenkan, ia memperlihatkan jam tangan pintar berkenaan dilengkapi dengan projektor pada bahagian tepi – dan boleh memancar antaramuka maya yang pengguna boleh berinteraksi pada tangan.
Ini juga mungkin membolehkan pengguna lebih mudah membuat lebih perkara pada jam tangan pintar yang mempunyai paparan skrin yang sangat terhad berbanding telefon atau tablet.
Samsung buat masa ini sekadar mempatenkan ia sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada produk akhir berkenaan akan direalisasikan ataupun sebaliknya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Patenkan Jam Tangan Pintar Yang Boleh Memancar Skrin Ke Tangan"