Automattic merupakan pemilik disebalik perkhidmatan hos blog WordPress.com, selain CMS sumber terbuka popular yang digunakan lebih 25% web, iaitu WordPress.org. Terkini, dengan fokus mereka dalam arena web dan blog, mereka juga telah mendapatkan akhiran nama domain .BLOG.
WordPress telah membayar sekitar $19 juta untuk mendapatkan hak untuknya. Seperti ramai sedia maklum, sejak beberapa tahun ini, pelbagai jenis akhiran domain telah mula ditawarkan, termasuk seperti .LOL, .TECH, .HOW dan sebagainya.
Automattic mengatakan mereka akan mula menawarkan domain .BLOG ini bermula pada tahun ini. Pengguna boleh mendaftarkan minat bermula hari ini dan mengetahui bila ia mula dijual kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi pihak Automattic mengatakan ia tidak jauh berbeza dengan penawaran domain lain. Disamping itu, domain ini tidak terhad untuk digunakan bersama-sama perkhidmatan WordPress sahaja, sebaliknya boleh digunakan bersama-sama pelbagai perkhidmatan lain.
Layari : Automattic / BLOG
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemilik WordPress Akan Mula Menjual Domain Dengan Akhiran .BLOG Pada Tahun Ini"