Pemintaran objek seharian adalah perkara biasa sekarang kerana ia membantu kehidupan seharian. Kita sudahpun mempunyai palam elektrik, lampu dan rambut palsu pintar yang digunakan untuk mengawal pelbagai peranti. Samsung kini maju setapak lagi dengan penghasilan Samsung Galaxy Surfboard.Ia adalah sebuah papan luncur air pintar dengan skrin terbina. Dengan papan luncur pintar ini, pengguna mampu melihat notifikasi ramalan cuaca dan ketinggian ombak terkini.
Ini bagi mengelakkan mereka terperangkap di dalam cuaca yang buruk ketika sedang asyik meluncur. Sebuah peranti Galaxy dimasukkan ke dalam Galaxy Surfboard dan menjadi “otak” kepada papan luncur air ini. Selain memaparkan notifikasi cuaca, pelbagai maklumat lain boleh dipaparkan pada skrin. Sebagai contoh seorang jurulatih boleh memberikan tips kepada peluncur walaupun mereka duduk di tepi pantai. Ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi pemesejan sedia ada. Apakah objek biasa yang bakal dipintarkan kelak?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Luncur Air Pintar Samsung Galaxy Surfboard Dihasilkan"