Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Find 9 Mungkin Menyokong Pengecasan Pantas SuperVOOC

Sistem pengecasan pantas SuperVOOC oleh Oppo diperlihatkan di MWC Mac lalu. Ia mampu mengecas bateri peranti dari sifar ke seratus peratus dalam masa hanya 15 minit. Ini sekaligus menjadikannya sistem pengecasan paling pantas yang wujud setakat ini. Sejak diperlihatkan ramai menantikan bilakah SuperVOOC dapat digunakan. Ramai yang agak kecewa apabila Oppo F1 Plus tidak menyokong fungsi ini.

SuperVOOC Find 9 oppoSebuah gambar promosi untuk peranti yang dikatakan Oppo Find 9 menunjukkan ia menyokong pengecasan dalam masa hanya 15 minit. Jadi bolehlah dikatakan Find 9 kelak akan menjadi peranti pertama menyokong SuperVOOC. Spesifikasi Find 9 masih belum diketahui tetapi besar kemungkinan menggunakan pemproses Snapdragon 820. Adakah pengecasan pantas penting bagi anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo Find 9 Mungkin Menyokong Pengecasan Pantas SuperVOOC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info