Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lagi Gambar Xiaomi Mi Max Hadir Ke Arena Internet – Akan Dilancarkan Esok

Xiaomi Mi Max merupakan telefon pintar bersaiz besar daripada Xiaomi yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Mei 2016. Ia dilihat pihak Xiaomi seperti mempunyai pelbagai kejutan menarik, dan tidak begitu merahsiakan pengenalan peranti mereka, dan kini berkongsi beberapa gambar peranti berkenaan.

Xiaomi Mi Max

Gambar baru ini hadir daripada CEO Xiaomi terus, memperlihatkan peranti bersazi besar berkenaan. Mengikut maklumat yang hadir sebelum ini, Xiaomi Mi Max dijangka akan membawakan skrin bersaiz 6.4-inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 650 serta pilihan memori dalam 2GB RAM atau 3GB RAM.

Xiaomi Mi Max

Xiaomi Mi Max

Xiaomi Mi Max turut dikatakan mungkin membawakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadpaan 8-megapixel. Untuk bateri, ia bakal dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Xiaomi Mi Max juga bakal menjadi salah satu peranti pertama yang menggunakan sistem operasi Xiaomi MIUI 8 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Xiaomi bakal melancarkan peranti ini secara rasminya esok – 10 Mei 2016.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lagi Gambar Xiaomi Mi Max Hadir Ke Arena Internet – Akan Dilancarkan Esok"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info