Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Hadir Dengan Kayu Selfie Dengan Sokongan Bluetooth Pada Harga RM29

Xiaomi telah pun menawarkan beberapa aksesori mereka untuk peranti mudah-alih seperti kerangka tambahan, Powerbank dan sebagainya. Kini, mereka turut menambah koleksi dengan memperkenalkan sebuah kayu selfie monopod berjenama Xiaomi.


Xiaomi Selfie


Kayu selfie daripada Xiaomi ini sepanjang 85 cm untuk tujuan rakaman gambar dan boleh dilaraskan 180-darjah. Untuk tujuan menghubungkan peranti ke kayu selfie berkenaan, Xiaomi menyertakan sokongan Bluetooth, sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar dengan tekan butang pada kayu selfie berkenaan – dan tidak lagi perlu membuat tetapan masa pada telefon seperti kebanyakkan kayu selfie lain.


Xiaomi Selfie


Xiaomi Selfie


Kayu selfie ini menyokong peranti Android dan juga iPhone, selain turut dioptimasikan untuk pelbagai aplikasi – termasuk Camera360.


Xiaomi menyenaraikan kayu selfie ini pada harga 49 Yuan (~RM29).






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Hadir Dengan Kayu Selfie Dengan Sokongan Bluetooth Pada Harga RM29"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info