Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor V8 Diperkenalkan Dengan Penggunaan Dwi-Kamera Belakang Dan Skrin 2K

Honor merupakan salah satu jenama dibawah Huawei yang sering menawarkan peranti dengan spesifikasi yang sangat baik pada harga rendah. Terkini, mereka telah pun memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah jenama Honor, iaitu Honor V8.

Honor V8 membawakan penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang – lebih kurang sama seperti Honor 6 Plus sebelum ini. Ia menggunakan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang, dan turut dilengkapi dengan sokongan lampu LED Flash dwi-tona. Seperti Huawei P9, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar yang boleh difokuskan pada kemudian masa.

Honor V8

Dua variasi peranti disediakan dengan penggunaan skrin dan ruangan storan berbeza. Yang versi pertama menggunakan skrin 5.7-inci dengan paparan 1080p serta ruangan storan 32GB, sementara satu lagi versi menggunakan skrin 2K dengan ruangan storan 64GB. Terdapat juga variasi dengan sokongan tambahan NFC untuk Honor V8 ini.

Dari segi spesifikasi, Honor V8 dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, GPU Mali T880, memori 4GB RAM, dan sokongan dwi-SIM hibrid dengan sokongan mikro-SD. Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh.

Menjana Honor V8 adalah sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 4.1. Honor V8 turut menggunakan USB Type-C untuk pengecasan, selain turut hadir dengan sokongan infrared untuk mengawal pelbagai peralatan elektronik.

Telefon pintar ini akan dijual di China bermula pertengahan Mei pada harga RMB 2299 (~RM1429). Memandangkan Malaysia merupakan salah satu pasaran utama Honor, kita mungkin akan dapat melihatnya ditawarkan di Vmall dalam masa beberapa bulan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Honor V8 Diperkenalkan Dengan Penggunaan Dwi-Kamera Belakang Dan Skrin 2K"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info