Pembantu maya Google Now boleh melakukan pelbagai perkara menakjubkan seperti memberitahu keadaan lalulintas sebelum anda ke tempat kerja dan mengingatkan anda waktu penerbangan yang perlu anda naiki. Pada bulan Ogos yang lalu ia diberikan kemampuan membaca emel anda dan mengingatkan anda agenda yang berlaku setiap hari. Sebagai seorang pelupa kesemua fungsi Google Now amat membantu kami melakukan tugasan setiap hari tanpa perlu mengorek maklumat di dalam aplikasi Google Calendar dan GMail.
Kini ia diberikan satu lagi fungsi iaitu membaca mesej di dalam peti khidmat pesanan ringkas anda. Lima SMS terakhir boleh diakses dengan memberikan arahan suara “read my messages”. Selepas itu anda boleh mengarahkannya untuk membaca mesej yang diterima sebelum membalasnya juga menggunakan kawalan suara. Ini adalah amat berguna sekiranya anda perlu membalas SMS ketika memandu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Now Kini Boleh Membaca SMS"