Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Mengumumkan GrabHitch Untuk Pasaran Malaysia – Membolehkan Anda Berkongsi Dan Menumpang Kenderaan

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat tempahan teksi, mahupun kenderaan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kini, bergerak kehadapan, Grab kini turut memperkenalkan GrabHitch untuk pasaran Malaysia.

GrabHitch merupakan salah satu perkhidmatan carpool – yang mana membolehkan anda berkongsi kereta bersama penumpang lain ke suatu lokasi yang lebih kurang sama.

GrabHitch

Dengan GrabHitch ini, pemandu boleh berdaftar dan menyatakan arah perjalanan kebiasaan mereka – sebagai contoh dari rumah ke pejabat setiap pagi. Kemudiannya, GrabHitch akan menemukan anda dengan penumpang yang selari dengan arah laluan anda. Sekiranya anda menerima penumpang tersebut, anda boleh mengambil mereka dan berkongsi tambang perjalanan – serta pada masa yang sama berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ketika menemukan penumpang, GrabHitch akan mengambil beberapa data, termasuk sama ada terdapat hubungan melalui Facebook dan sebagainya.

Bagi penumpang pula, Grab mengatakan GrabHitch akan menawarkan tambang yang lebih rendah berbanding penggunaan perkhidmatan lain – terutamanya untuk perjalanan jauh.

Buat masa ini, Grab telah membuka pendaftaran pemandu untuk GrabHitch, dan akan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada penumpang bermula pertengahan Mei 2016 ini.

Layari : GrabHitch



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grab Mengumumkan GrabHitch Untuk Pasaran Malaysia – Membolehkan Anda Berkongsi Dan Menumpang Kenderaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info