Apple Watch ialah jam tangan pintar paling mendapat sambutan di pasaran. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, jumlah jualan Apple Watch sepanjang 2015 adalah lebih tinggi berbanding jenama jam mewah Rolex. Terdapat data menunjukkan sejak Apple Watch muncul di pasaran, jualan jam jenama mewah Swiss menunjukkan penurunan kerana pembeli melihatnya sebagai lebih berprestij dari jam analog mewah biasa.
Rekaan jam Apple Watch adalah tidak tahan lasak. Seperti biasa sekiranya wang yang banyak dibelanjakan pada peranti, pengguna mahu memastikan ia tahan lama. Oleh itu kerangka seperti Garstin diperlukan bagi memberikan ketahanan dari hentakan untuk Apple Watch. Kerangka ini diperbuat daripada logam tahan karat. Terdapat beberapa pilihan rekaan dengan tali diperbuat daripada silikon dan juga kulit. Garstin masih mengumpulkan dana menerusi Kickstarter. Harga jualan kerangka tahan lasak ini bermula dari $549 (RM 2195) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Garstin – Kerangka Besi Tahan Lasak Untuk Apple Watch"