Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Flash Plus 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mei 2016

Flash merupakan salah satu jenama dibawah Alcatel sebelum ini, dan kini beroperasi secara berasingan. Peranti utama baru dibawah jenama berkenaan akan diperkenalkan secara rasminya esok, iaitu pada 17 Mei 2016. Menariknya, ia turut akan memasuki pasaran tempatan dengan pantas, iaitu selang seminggu selepas pelancaran globalnya.

Flash Plus 2

Flash Plus 2 ini bakal membawakan rekaan kerangka logam, selain turut menyertakan sokongan pengecasan pantas. Ia telah dikatakan sebelum ini yang mana ia akan menawarkan pengecasan sehingga tiga kali ganda lebih pantas berbanding pengeluar lain di pasaran. Flash Plus 2 ini juga bakal dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai telefon pintar ini pada pelancaran rasminya esok, yang bakal ditayangkan secara langsung melalui web sekitar pukul 4 petang. Pelancaran rasminya di Malaysia pula dijadualkan pada 24 Mei 2016 kelak dan bakal ditawarkan bersama-sama pihak Lazada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Flash Plus 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mei 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info