Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Batmobile Arkham Knight Dihasilkan Dari Sebuah Lamborghini

Batman Arkham Knight ialah permainan terakhir di dalam siri Arkham yang dihasilkan oleh Rocksteady Studios. Ia adalah antara permainan terbaik yang kami mainkan tahun lalu kerana buat pertama sekali kami boleh mengawal sebuah Batmobile. Ini membuatkan kami mahukan Batmobile edisi Arkham ini menjadi realiti. Impian kami menjadi kenyataan kerana ia dihasilkan oleh firma Caresto untuk perlumbaan tahunan Gumball 3000.

Batmobile-Arkham-1Hanya bahagian enjin V10 560 kuasa kuda sebuah kereta Lamborghini digunakan semula bagi menghasilkan Batmobile ini. Keseluruhan tubuh dan kerangka kenderaan dihasilkan sendiri. Tayar sebesar 26 inci digunakan dengan tayar hadapan dilengkapi sistem brek 8 pot Brembo dan tayar belakang pula dilengkapi sistem brek 6 pot Brembo. Ruangan kargo penjenayah pada bahagian belakang dan sistem kerusi anjal tidak disertakan tetapi dua orang penumpang boleh menaikinya serentak.

Batmobile-Arkham-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Batmobile Arkham Knight Dihasilkan Dari Sebuah Lamborghini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info