Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Melabur $1 Bilion Pada Didi Chuxing – Pesaing Uber Di China Yang Turut Mempunyai Pegangan Pada GrabTaxi

Didi Kuaidi
Apple dalam usaha untuk lebih memahami pasaran China, terkini mereka telah membuat pelaburan sebanyak $1 bilion pada perkhidmatan menempah pemanduan di China, iaitu Didi Chuxing. Pada masa yang sama juga, ia memperlihatkan lebih fokus daripada Apple kepada perkhidmatan automotif – salah satu arena yang diperkatakan sedang dibangunkan oleh Apple.

Didi Chuxing sebelum ini lebih dikenali dengan nama Didi Kuaidi, mereka mempunyai pegangan pasaran sehingga 87% di China, dan diperkatakan melengkapkan lebih 11 juta pemanduan setiap hari. Menariknya juga adalah Didi Kuaidi sebelum ini telah membuat pelaburan pada GrabTaxi yang menawarkan perkhidmatan mereka di Asia Tenggara termasuk Asia.

Sebelum ini juga, GrabTaxi dan Didi telah mengumumkan kerjasama, membolehkan pengguna GrabTaxi menggunakan aplikasi sama ketika di China untuk memanggil perkhidmatan Didi Chuxing.

Didi Chuxing dengan fokus terhadap pengangkutan, mereka juga telah turut menyatakan minat dalam arena kenderaan yang dipandu secara automatik. Memandangkan Apple telah diperkatakan akan menyertai arena sama, perkara ini juga mungkin akan menguntungkan Apple.

Secara keseluruhan juga, Apple kini dapat menjana pendapatan daripada perniagaan lain, dan tidak hanya tertumpu kepada penjualan peranti dan penawaran digital sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Melabur $1 Bilion Pada Didi Chuxing – Pesaing Uber Di China Yang Turut Mempunyai Pegangan Pada GrabTaxi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info