Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Yahoo! Esports Dilancarkan Untuk iPhone – Memudahkan Anda Mengikuti Pasukan Dan Permainan E-Sukan

Yahoo! telah memperkenalkan aplikasi Yahoo! Esports untuk Android pada bulan lepas, dan hari ini, mereka turut melancarkan aplikasi yang lebih kurang sama untuk pengguna iPhone.

Yahoo! EsportsMelalui aplikasi Yahoo! Esports ini, ia membolehkan para peminat e-sukan untuk mengikuti pelbagai berita semasa, kemaskini skor liga dan kemaskini masa-nyata untuk perlawanan e-sukan. Buat masa ini, sejumlah permainan disokong melaluinya, termasuk League of Legends, Dota 2, Counter-Strike : GO, Heroes of the Storm dan Street Fighter V.

Pengguna turut boleh mengaktifkan sokongan notifikasi dan menerima notifikasi untuk perkembangan mutakhir pada iPhone mereka.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Yahoo! Esports ini pada iPhone hari ini.

Muat-Turun Yahoo! Esports untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Yahoo! Esports Dilancarkan Untuk iPhone – Memudahkan Anda Mengikuti Pasukan Dan Permainan E-Sukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info