Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Memperkenalkan Sokongan Bayaran Tunai Di Kuala Lumpur

Uber sebelum ini telah memperkenalkan sokongan bayaran tunai di Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. Terkini, mereka turut telah mula memperkenalkan sokongan bayaran secara tunai untuk pengguna di Kuala Lumpur.

Pengenalan sokongan bayaran secara tunai ini adalah secara berperingkat. Untuk menggunakannya, ketika anda mengesahkan lokasi untuk Uber mengambil anda, anda boleh memilih sama ada untuk membayar menggunakan kad ataupun tunai.

Melalui penggunaan bayaran tunai, Uber menyasarkan lebih ramai akan menggunakan perkhidmatan mereka di negara-negara membangun. Untuk makluman, anda dinasihatkan memberikan tambang yang tepat, sebaliknya ia akan dibundarkan kepada ringgit terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Uber Memperkenalkan Sokongan Bayaran Tunai Di Kuala Lumpur"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info