Bagi mereka yang membesar ketika dekad 90an, permainan beat em up seperti Street Fighter, KOF, Mortal Kombat dan World Heroes adalah amat diminati. Kami dahulu pernah menghabiskan berpuluh ringgit menyewa konsol Neo Geo di Holiday Plaza Johor Bahru kerana konsol SNK terlalu mahal untuk dimiliki. Ia adalah satu-satunya cara untuk kami menikmati permainan King of Fighters. Satu genre yang tidak wujud dahulu ialah permainan berasaskan wirawan sains. Dengan Science Kombat ia kini realiti dan anda boleh menggunakan tokot sains seperti Isaac Newton, Albert Einsten, Nicola Tesla dan Marie Curie untuk bergaduh.
Setiap tokoh sains ini mempunyai corak serangan yang unik mengikut teori sains yang mereka temui. Einstein mempunyai serangan E=MC2 seakan Hadoken Ryu. Pythagoras pula mempunyai serangan kaki membentuk hipotenus segi tegi tepat. Permainan berasaskan web ini boleh anda mainkan secara percuma melalui laman Superinterassante. Laman sains dari Brazil ini mahu menggunakan permainan ini untuk mengajar tokoh dan teori sains dengan cara yang lebih ceria. Sila ikuti pautan di bawah untuk mencuba permainan ini. Pengetahuan asas bahasa Portugis adalah diperlukan untuk memahami arahan permainan.
Pautan Laman Science Kombat oleh Superinterassante
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Science Kombat – Permainan Ala Street Fighter Dengan Tokoh Sains Ternama"