Sembang Maniac

Sembang-sembang je

48 Emoji Baru Akan Ditambah Tahun Ini – Termasuk Emoji Wanita Bertudung

Emoji kini telah menjadi salah satu “bahasa” komunikasi, dan pelbagai emoji baru ditambah dari masa ke semasa. Terkini, untuk kemaskini Unicode 10.0 yang bakal hadir sekitar 30 Jun 2017 kelak, sebanyak 48 emoji baru bakal ditambah.

Melaluinya, antara emoji baru yang bakal ditambah adalah termasuk emoji wanita bertudung, tangan berdoa, ibu menyusu, dan sebagainya.

Emoji Baru 2017

Buat masa ini, rekaan akhir untuknya masih belum disahkan lagi – dan mungkin akan diketahui apabila pelancarannya kelak. Gambaran yang diperlihatkan ini hadir daripada Emojipedia berdasarkan kepada rekaan fasa akhir.

Seperti biasa, implementasi ini juga akan bergantung kepada pelbagai kemaskini aplikasi dan sistem operasi – sebelum para pengguna akan dapat menggunakannya dalam komunikasi harian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "48 Emoji Baru Akan Ditambah Tahun Ini – Termasuk Emoji Wanita Bertudung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info