Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Menambah Kod QR Pada Skrin BSOD Untuk Membantu Menyelesaikan Masalah Komputer

Pada Windows, apabila sistem komputer berkenaan mengalami masalah, salah satu perkara yang akan diperlihatkan adalah skrin biru atau turut dikenali dengan nama BSOD (Blue Screen of Death). Pihak Microsoft pada Windows 10 telah mengemaskini bentuk paparannya dan memberikan beberapa kata kunci untuk pengguna mengetahui masalah komputer mereka.

BSOD QR

Kini, dalam usaha untuk lebih memudahkan pengguna, dan bukan sekadar kata kunci sahaja, pihak Microsoft dilihat bereksperimen dengan paparan kod QR pada skrin BSOD pada Windows.

Dengannya, pengguna boleh terus mengambil sebarang peranti kedua mereka, terutamanya telefon pintar, dan mengimbas kod berkenaan. Ia seterusnya akan membawa kepada halaman untuk mengatasi masalah berkenaan, dan memudahkan pengguna mengatasi masalah berkaitan.

Ini juga sekaligus akan memudahkan lagi pengguna umum, walaupun tidak mengetahui hal berkaitan teknikal untuk mengatasi masalah komputer mereka sendiri tanpa perlu rujukan pihak lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Menambah Kod QR Pada Skrin BSOD Untuk Membantu Menyelesaikan Masalah Komputer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info