Setiap program mempunyai kunci pintasannya sendiri. Sebagai contoh Ctrl+C ialah untuk menyalin teks. Di dalam program Photoshop pula Ctrl+J digunakan untuk menyalin layer. Adalah sukar untuk mengingati kesemua pintasan papan kekunci untuk semua program yang kita gunakan. Oleh itu papan kekunci Jaasta dihasilkan. Setiap kekunci Jaasta mempunyai paparan E-ink yang boleh diubah untuk memaparkan ikon berbeza bergantung kepada kehendak pengguna. Ini bermakna papan kekunci QWERTY boleh diubah menjadi kekunci DVORAK ataupun bahasa asing dengan mudah. Jaasta masih mengumpul dana untuk menjadikannya realiti. Harga jualan adalah sekitar $299. Sebagai pengguna pelbagai program kami menantikan Jaasta menjadi realiti dan dijual di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jaasta : Papan Kekunci Dengan Kekunci Paparan E-Ink"