Pada hari ini, kita sedia menggunakan wang tunai dan kad kredit sebagai “mata wang” untuk membayar ketika membuat pembelian, disamping sokongan pembayaran melalui telefon pintar bakal hadir tidak lama lagi. Walaupun ia memudahkan, namun, salah satu perkara yang kurang menarik untuk ketiga-tiganya adalah ia boleh hilang atau dicuri.
Ujian ini dilakukan oleh Jepun bermula sekarang, supaya mereka boleh mengimplementasinya secara meluas ketika sukan Olimpik 2020 kelak. Ini sekaligus akan mengurangkan kadar jenayah, memandangkan pelancong akan hanya perlu membbuat bayaran menggunakan jari mereka, dan tidak perlu risau untuk kehilangan dompet.
Untuk menggunakannya, pengguna yang tiba di Jepun akan dikehendaki membuat pendaftaran ketika di lapangan terbang dan beberapa lokasi utama. Sebaik sahaja selesai pendaftaran, mereka boleh menggunakan cap jari mereka untuk pembayaran, pengesahan pelepasan cukai, dan beberapa yang lain.
Buat eksperimen fasa awal ini, 300 kedai akan menyertainya termasuk restoran dan juga hotel – dimana kebanyakkannya adalah di tempat pelancong utama.
Jepun merancang untuk memperluaskan eksperimen mereka secara berperingkat, dan berharap agar ia dapat diiimpelentasikan di seluruh Jepun menjelang 2020 kelak.
Disamping memudahkan pelancong, Jepun juga berharap agar data yang dikumpulkan dapat mengenal-pasti kelakuan pelancong dan menggunakannya dalam menambah-baik industri berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jepun Ingin Mencuba Penggunaan Cap Jari Sebagai “Mata Wang”"