Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Memperlihatkan Apollo Lake SoC Untuk Peranti Berharga Rendah Dan Nipis

Intel mempunyai sejumlah keluarga cip pemprosesan yang memfokuskan kepada peranti yang berbeza fungsi, penawaran dan harganya. Terkini, bersempena dengan IDF Shenzhen, pihak Intel telah memperkenalkan platform Apollo Lake yang akan digunakan pada cip Intel berkos rendah, iaitu Pentium dan juga Celeron.

Fokus utama Apollo Lake adalah menawarkan kuasa pemprosesan yang baik dan menggunakan tenaga yang rendah, dan pada masa yang sama menawarkan peranti yang berharga rendah yang dijana menggunakannya.

Intel Apollo Lake

Apollo Lake ini juga menggunakan rekaan architecture 14nm, dan dikatakan akan menawarkan kuasa pemprosesan dan grafik yang lebih baik berbanding cip Celeron dan Pentium hari ini. Peranti yang bersaiz lebih nipis juga dijangka dijayakan dengan menggunakan cip ini.

Disamping kuasa sahaja, Apollo SOC ini akan menyertakan pelbagai sokongan baru kepada peranti berspesifikasi rendah, termasuk sokongan memainkan video 4K, integrasi USB Type-C dan sebagainya.

Cip Pentium dan Celeron yang menggunakan rekaan Apollo Lake ini dijangka dipasarkan pada pertengahan kedua 2016 ini, dan peranti-peranti yang menggunakannya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Intel Memperlihatkan Apollo Lake SoC Untuk Peranti Berharga Rendah Dan Nipis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info