Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Beta Membolehkan Pengguna Bold Dan Italic-kan Mesej Yang Dihantar

WhatsApp sejak memperkenalkan saluran beta rasmi untuk Android di Google Play Store, mereka dilihat lebih aktif dalam menguji dan mencuba pelbagai fungsi baru. Terkini, melalui kemaskini baru untuk WhatsApp Beta, mereka mencuba kebolehan untuk menjadikan teks sama ada bold (tebal) atau italic (condong).

WhatsApp Beta BoldFungsi ini hanya diuji pada saluran beta sahaja, dimana teks yang dihantar kepada pengguna yang tidak menggunakan versi beta adalah dipaparkan seperti biasa.

Sekiranya anda menggunakan saluran beta, anda boleh menghantar teks berbentuk tebal dengan menaip teks diantara tanda *. Sebagai contoh, untuk tebalkan perkataan AMANZ, pengguna perlu menaip *AMANZ*.

Untuk menjadikan teks berkenaan condong, menggunakan konsep sama, tetapi dengan awalan dan akhiran _.

Seperti biasa, untuk makluman, fungsi yang diuji pada saluran beta hanya pada peringkat ujian sahaja, dan tidak semestinya ia diperkenalkan pada versi stabil perkhidmatan permesejan berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Beta Membolehkan Pengguna Bold Dan Italic-kan Mesej Yang Dihantar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info