Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Untuk Windows 10 Mobile Dikemaskini – Membawakan Kesemua Fungsi Yang Diperlukan

“Agi hidup agi ngelaban”. Inilah kata kata yang dipegang mendiang Temenggong Datuk Kanang anak Langkau sehingga menghembuskan nafas terakhir beliau. Beliau enggan berputus asa walaupun ditembusi peluru berkali-kali dan berhadapan dengan maut. Apa yang dialami Kanang ada persamaan dengan Windows 10 Mobile.

twitter-windows-10Sistem operasi ketiga paling popular ini semakin kehilangan banyak sokongan aplikasi rasmi sejak kebelakangan ini tetapi  nampaknya Twitter tidak melupakan penggunanya. Kemas kini terkini Twitter akhirnya membawakan kesemua fungsi yang sebelum ini hanya wujud pada platform lain. Pembaharuan yang diberikan adalah seperti berikut.

  1. Fungsi Moments
  2. Pemesejan peribadi secara berkumpulan
  3. Sokongan Windows 10 Mobile
  4. Muat naik GIF beranimasi
  5. Muat naik video
  6. Fungsi “pull to refresh”
  7. Fungsi mute
  8. Tema gelap untuk aplikasi desktop

Kemas kini ini juga nampaknya membuang integrasi People’s Hub. Kepada pengguna desktop, aplikasi juga menyokong fungsi “adapative scaling” yang mengubah paparan antaramuka aplikasi dengan lebih dinamik dan sekata. Kepada mereka yang mahukan rekaan aplikasi Twitter yang kemas dan ringan, aplikasi untuk Windows 10 pada hemat kami ialah pilihan yang baik sekiranya anda bencikan rekaan Tweetdeck yang agak berserabut. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Untuk Windows 10 Mobile Dikemaskini – Membawakan Kesemua Fungsi Yang Diperlukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info