Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sistem Pengecasan Pantas Samsung Galaxy S7 Boleh Dinyahaktifkan

Pengecasan pantas ialah fungsi yang kami mahukan menjadi piawai bagi kesemua peranti yang dikeluarkan sepanjang 2016. Qualcomm sudahpun menyertakan sokongan QuickCharge 3.0 pada kesemua cip pemproses terkini mereka termasuklah yang di dalam kelas pertengahan seperti Snapdragon 617. Dengan sistem pengecasan pantas ini pengguna tidak perlu lagi menunggu dengan lama untuk peranti dicas sepenuhnya. Tetapi apabila sistem ini digunakan, peranti akan menjadi agak panas dan hayat bateri mungkin akan terjejas.

Adaptive Quick Charging IMAG0080Samsung Galaxy S7 ialah peranti yang menyokong pengecasan pantas Adaptive Quick Charging. Seperti sistem pengecasan pantas yang lain, peranti yang menggunakan sistem ini akan menjadi panas ketika dicas. Sekiranya anda tidak mahu ini berlaku Samsung menyertakan fungsi untuk menyahaktifkan fungsi ini. Pengguna hanya perlu pergi ke skrin tetapan bateri dan pada bahagian bawah skrin terdapat pilihan untuk mematikan pengecasan pantas. Ini menjadikan Samsung Galaxy S7/S7 Edge peranti pertama yang memberikan pilihan ini.

Fungsi ini juga berguna bagi mereka yang suka mengecas peranti pada waktu malam secara perlahan dan mahu mengelakkan masalah pengecasan berlebihan (overcharging). Bateri Li-ion tidak boleh dicas berlebihan berkali-kali kerana boleh menyebabkan masalah keselamatan. Sebagai pengguna anda dinasihatkan supaya mencabut pengecas selepas bateri dicas sepenuhnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sistem Pengecasan Pantas Samsung Galaxy S7 Boleh Dinyahaktifkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info