Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PlayStation VR Akan Hadir Pada Bulan Oktober, Dan Berharga Sekitar RM1660

Sony hari ini telah mengambil pentas utama pada acara GDC yang diadakan di Amerika Syarikat, dan melaluinya telah berkongsi lanjut mengenai peranti realiti-maya mereka, iaitu PlayStation VR.

PlayStation VR

PlayStation VR akan mula dijual oleh Sony bermula bulan Oktober ini, dan ia akan berharga lebih rendah berbanding pesaing mereka yang lain seperti Oculus Rift atau HTC Vive. Harga untuk pasaran Amerika Syarikat adalah sekitar $399 dimana melalui pertukaran wang semasa, ia berharga sekitar RM1660.

Sekiranya peranti realiti-maya lain memerlukan PC berkuasa tinggi untuk beroperasi, PlayStation VR pula memerlukan PlayStation 4 untuk digunakan. Pada masa yang sama, pengguna juga diperlukan untuk mendapatkan PlayStation Camera secara berasingan, disamping alat kawalan Move yang perlu dibeli berasingan sekiranya anda tidak ingin gunakan alat kawalan PlayStation 4 sedia ada.

PlayStation VR

Dari segi teknikal, PlayStation VR hadir dengan skrin 5.7-inci OLED yang boleh memaparkan permainan pada kadar segar semula 120Hz. Pengguna boleh melihat pada 100-darjah ketika menggunakannya, dan seperti biasa ia hadir dengan sensor 360-darjah untuk pengguna menikmati permainan dalam kaedah yang lebih menarik.

Sony turut mengatakan sekurang-kurangnya 50 permainan akan dilancarkan antara Oktober sehingga penghujung tahun 2016 ini, termasuk salah satunya adalah Star Wars Battlefront.

Sony mengatakan mereka akan berkongsi lanjut untuk penawaran di Asia dalam masa terdekat ini.

PlayStation VR



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation VR Akan Hadir Pada Bulan Oktober, Dan Berharga Sekitar RM1660"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info