Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oombrella – Payung Pintar Yang Menganalisa Cuaca Dan Mengingatkan Anda Untuk Bawa Payung

Perkembangan arena internet dan peranti berhubung membolehkan lebih banyak peranti dan peralatan pintar dibangunkan diseluruh dunia. Terkini, salah satu projek peranti berhubung yang sedang mengumpulkan dana melalui laman KickStarter adalah Oombrella.

Oombrella

Oombrella merupakan sebuah payung pintar yang hadir dengan beberapa sensor terbina – membolehkan payung ini menganalisa persekitaran dan meramalkan cuaca menggunakan beberapa data yang tersedia untuknya. Data yang dikumpulkan juga dijadikan sosial untuk dikongsikan bersama pelbagai pengguna Oombrella yang lain.

Sebaik sahaja selesai menganalisa, sekiranya hari akan hujan, maka ia akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar anda sekiranya anda terlupa membawa Oombrella bersama-sama.

Perekabentuknya turut menekankan yang mana payung ini mampu bertahan angin yang kuat, dan hadir dengan rekaan warna yang unik.

Oombrella juga turut menyertakan bahagian atas yang boleh dipasang dengan pelbagai peralatan, termasuk GoPro.

Buat masa ini, Oombrella sedang mengumpulkan dana melalui laman Kickstarter, dan sekiranya anda berminat, boleh menyumbangkan dana dana mendapatkan payung pintar berkenaan.

Oombrella



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oombrella – Payung Pintar Yang Menganalisa Cuaca Dan Mengingatkan Anda Untuk Bawa Payung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info