Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mula Memperkenalkan Kemaskini Windows 10 Mobile Untuk Peranti Windows Phone 8.1

Microsoft hari ini secara rasminya telah mula memperkenalkan kemaskini Windows 10 Mobile untuk pengguna peranti Windows Phone 8.1 sedia ada. Untuk makluman, bukan semua peranti akan menerima fungsi yang sama, dan kemaskini ini diperkenalkan oleh Microsoft secara berperingkat.

Windows 10 Malaysia

Antara peranti yang disokong buat masa ini untuk dikemaskini kepada Windows 10 Mobile adalah termasuk Lumia 1520, Lumia 930, Lumia 830, Lumia 730, Lumia 735, Lumia 640, Lumia 640XL, Lumia 635, Lumia 636, Lumia 638, Lumia 532, Lumia 535, Lumia 540, Lumia 430 dan juga Lumia 435.

Untuk menaik-taraf, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi Windows 10 Upgrade Advisor daripada Windows Store, dan ia akan memberikan notifikasi sebaik sahaja kemaskini untuk peranti anda telah tersedia.

Seperti biasa, Microsoft menasihatkan pengguna supaya mempunyai kuasa bateri yang mencukupi, dan membuat salinan pendua data terlebih dahulu sebelum memulakan proses naik-taraf.

Windows 10 Mobile



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mula Memperkenalkan Kemaskini Windows 10 Mobile Untuk Peranti Windows Phone 8.1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info